Latar belakang Pembaharuan Gabo

Kerajaan yang memerintah Korea pada ketika itu sangat dipalit kekacauan dan korupsi terang-terangan sehingga membebani golongan petani jelata, terutama di tiga bidang utama pendapatan – cukai tanah, perkhidmatan ketenteraan, dan sistem jelapang negeri – Korea. Golongan pegawai tempatan bergelar hyang-i (향이, 鄉理) boleh membeli jawatan pentadbir untuk tujuan memeras para petani sesuka hati. Keluarga Yangban yang sebelum ini dihormati kerana status bangsawan mereka semakin dilihat hanya mempunyai sedikit kelebihan dalam taraf sosial tetapi tidak bersedia memenuhi tanggungjawab mereka kepada masyarakat. Keadaan ini semakin diburukkan dengan rompakan berkumpulan (brigandage) malah juga penganiayaan oleh tentera, banyak penduduk desa yang miskin berusaha mengumpulkan sumber daya mereka seperti tanah, alat, dan kemahiran pengeluaran agar dapat bertahan.

Meskipun pihak kerajaan menghapuskan kegiatan perhambaan dan catatan-catatan istana berkaitan pada tahun 1801, semakin banyak petani terlibat dalam "persatuan kerjasama" diketuai mubaligh-mubaligh Katolik dan Protestan, dengan sifat ajaran mereka yang mengajar kesamarataan, mula mengumpulkan pengikut di antara Yangban, walaupun biasanya di kawasan bandar.

Suatu falfsafah pembelajaran unik iaitu Donghak dibawa Choi Je-u, (최제우, 崔濟愚, 1824–1864) yang disebut atau "Pembelajaran Timur" yang menjadi sangat popular di kawasan luar bandar. Tema eksklusivisme (pengaruh asing), nasionalisme, keselamatan, dan kesedaran sosial dipromosikan untuk membolehkan petani buta huruf memahami konsep dan menerimanya dengan lebih mudah.

Rujukan

WikiPedia: Pembaharuan Gabo http://www.donga.com/docs/magazine/shin/2004/11/09... http://100.nate.com/dicsearch/pentry.html?s=B&i=11... http://100.naver.com/100.nhn?docid=4790 http://inmul.co.kr/ http://sillok.history.go.kr/id/kza_13111021_002 http://sillok.history.go.kr/id/kza_13205114_001 http://enc.daum.net/dic100/contents.do?query1=b01g... http://www.gkn-la.net/history_resources/queen_min.... http://www.gkn-la.net/history_resources/queen_min_... http://koreaweb.ws/ks/ksr/queenmin.txt